Tips Mengembangkan Sabar


Assalamualaikum buat pembaca yang budiman. Saya ingin kongsikan secebis ilmu yang diperolehi daripada sebuah buku tazkirah harian. Semoga ada manfaat untuk kita amalkan dan sampaikan kepada orang lain..insyaAllah.
  1. Jangan terlalu memikirkan masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
  2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
  3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
  4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
  5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
  6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
  7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersikap tidak wajar terhadap anda.
  8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda membenarkan mereka mendapatkan hak yang sama itu.
  9. Jangan fikirkan tentang semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
  10. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
  11. Jangan fikirkan sikap yang tidak menentu itu dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
  12. Terimalah hakikat kadangkala diri kita pun boleh mengalami sifat yang berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-ubah diri anda itu.
  13. Jangan fikir bahawa cita-cita dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.
  14. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan seperti orang hilang sabar.

Terima Kasih kerana sudi membaca entry ni.Like kalau suka!

Tiada ulasan:

SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MILIK PENUH PENULIS.DONT YOU DARE TO COPY IT !