setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.tidak perlu kita menilai perangai seseorang itu sedangkan diri kita sendiri masih belum sempurna.sentiasalah bersyukur dan redha setiap apa yang telah kita terima.jangan mudah berputus asa.insyaallah setiap apa yang berlaku sudah tertulis oleh allah s.w.t.
Terima Kasih kerana sudi membaca entry ni.Like kalau suka!

ADAM HAWA


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ...

Terima Kasih kerana sudi membaca entry ni.Like kalau suka!

kata-kata cinta


Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.
Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.

Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.
Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.
Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.
Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.
Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.
Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain
Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.
Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.
Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

Terima Kasih kerana sudi membaca entry ni.Like kalau suka!

kopi masin


Dia baru sahaja tamat belajar dan kini telah bergelar seorang doktor. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup.Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah sekolah tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik.Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.
"Astaghfirullah," bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya.Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu, "Kau kenal ke gadis itu?""Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa. Dan masih belum berpunya lagi," jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata,"Berikan saya kopi masin!"Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"
"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut... masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini," jawab lelaki ini.Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan mereka mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya.Dia pasti lelaki itu adalah seorang yang menyintai dan mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sangat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di sekolah tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.


"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..
Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."
Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya, "Bagaimana rasa kopi yang masin?"Dia dengan pastinya menjawab, "Rasanya manis sekali."Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan, dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.

Terima Kasih kerana sudi membaca entry ni.Like kalau suka!

CINTA SAMPAI SYURGA..


Ya Allah,
damaikan hati yang gundah ini,
sungguh, aku tak dapat menahan rasa cinta ini dari terus berputik,
Kau Maha Tahu akan isi hatiku,
Sampaikanlah rasa cinta ini pada dirinya,
Aku takut apakah cinta ini akan diterima,
Kerna aku hanya orang biasa.
Sungguh terkejut apabila secara tidak sengaja, aku terbaca diari milik sahabat baikku, Damia sewaktu mengemas mejanya semalam. "Isy, biar betul Damia ni jatuh cinta. Siapakah lelaki itu?", gumam hatiku sendirian. Setakat aku kenal, Damia seorang muslimah yang sangat menjaga dirinya daripada terjebak dengan dengan gejala cinta remaja.
Malah, dia sering menasihatiku agar menjaga rasa fitrah ini supaya tidak menjadi fitnah. Aku masih ingat lagi akan pesannya:"Bila mana seorang bayi dilahirkan, telah tercatat di Luh Mahfuz Allah, siapakah jodoh dan ajal mautnya. Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berdoa agar dikurniakan yang terbaik dan diri kita sendiri dahulu perlu menjadi baik. Dalam bulan Islam sendiri ada waktu mustajab doa yang dapat mengubah takdir hidup kita, contohnya waktu lailatul qadar, malam nisfu sya\'ban dan waktu2 mustajab doa yang lain. Percayalah pada qada' qadar Allah. Dia yang telah menciptakan kita dan Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Ramai yang sibuk mencari cinta untuk baitul muslim, tapi tahap pertama iaitu fardul muslim pun masih belum sempurna lagi. Kalau tapak tak kukuh, bagaimana agaknya binaan itu akan teguh?. Jika solat pun sering sahaja kita lengahkan, solat subuh selalu lewat, rasa malas nak buat sesuatu kerja, sikap ammarah pun belum mampu kita kawal, bagaimana agaknya kita nak fikir tentang tahap kedua matlamat umum tarbiyyah (baitul muslim) itu?."
Nasihatnya lagi: "Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah. Contohnya, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah".
Pesanan itulah yang menjadi motivasi bagiku agar tidak terlibat dengan ujian cinta remaja ini. Tapi, kenapa pula dia boleh terlibat dalam kes begini. Patutlah, Damia sering bersendirian sejak akhir-akhir ini. "Mungkin dia ingin mencari kekuatan untuk menghadapi masalah hati ini. Ya Allah, peganglah hatinya agar dia tidak lari jauh dariMu. Dia seorang sahabat yang baik. Kasihanilah dia Ya Allah", doaku pada Allah setulus hati. Benar, Damia seorang sahabat yang sangat baik dan aku terhutang budi padanya kerana dialah insan yang berjaya mengubah hidupku. Teringat kembali peristiwa 2 tahun lepas..
Dulu, aku seorang gadis yang bebas dan tidak terlalu mementingkan Islam.  Aku bertudung, tapi tidak memenuhi syariat yang ditetapkan, banyak pakaianku yang nipis dan ketat.  Aku lebih suka mengikut fesyen terkini berbanding baju kurung, malah sering memandang orang yang berpakaian begitu ketinggalan zaman. Namun, segala-galanya berubah kerana satu insiden yang langsung tidak kuduga. Suatu petang, pintu bilikku rosak dan terkunci dari dalam. Oleh sebab kesempitan waktu dan kuliahku akan bermula 15 minit lagi, aku hanya bercadang untuk meminjam tudung dengan sahabat di depan bilik sahaja. Masya Allah, rupanya kedua-dua orang dalam bilik itu hanya mempunya tudung labuh kerana mereka berdua berasal dari maahad tahfiz. Jadi, dengan berat hatinya, aku memakai tudung labuh itu secara terpaksa. Kemudian, aku terus bergegas ke kuliah walaupun dalam keadaan malu kerana terpaksa berpakaian dengan imej yang kuanggap kolot ini.
Tanpa disedari tiba-tiba, datang sebuah Avanza meluncur laju dari arah hadapan. Aku panik tanpa sempat berbuat apa-apa. Allahuakbar! Nama Allah jua yang terkeluar dari mulut meskipun selama ini aku sering melupakan Allah, sering melengahkan seruan azan memanggil untuk beribadah padaNya. Teringat kembali akan dosa-dosaku selama ini, apakah ajal hidupku makin hampir. Kemudian, aku dapat merasakan tubuhku melayang ke belakang dan dunia tersaa gelap.
Rupa-rupanya, seseorang telah datang menarik aku ke tepi jalan untuk menyelamatkan aku daripada dirempuh. Alhamdulillah, nyawaku masih panjang dan aku terselamat daripada kemalangan itu. Apa yang menarik perhatianku adalah kata-kata sahabat yang menyelamatkanku itu: "Syukurlah. Nasib baik kamu pakai tudung labuh kali ini,kalau tudung singkat, tentu kami tak sempat capai tadi", ujarnya dengan nada cemas. Zupp.. Kata-kata itu cukup menyentap hati. Langsung tak kusangka tudung labuh yang sering kupandang kolot ini telah menyelamatkan nyawaku pada hari itu. Terasa seolah-olah air sejuk yang dingin mengalir tenang dalam diri. Aku menangis di pangkuan perempuan itu, tapi bukan lagi tangisan seperti sewaktu putus cinta dulu, tapi tangisan kerana menginsafi dosa-dosa lalu, menangis tanda syukur kerana Allah masih menyelamatkan nyawa hambaNya yang terlalu banyak dosa. Ya, hidayah Allah boleh datang bila-bila masa sahaja. Bermula dari itu, aku berubah daripada seorang gadis bebas ke arah muslimah yang mengamalkan gaya hidup Islam. Semua ini berkat daripada kata-kata ikhlas seorang sahabat yang telah menyelamatkanku dulu dan dialah, Damia.
"Arin, jauhnya termenung sampaikan saya balik pun tak sedar," tersentak aku bila ditegur oleh Damia yang baru pulang daru kuliah. Lamanya aku termenung. Ingatanku kembali pada diari Damia, nukilan cintanya itu. Ingin sahaja aku bertanya siapakah pemuda itu, tapi niatku itu hanya disuarakan dalam hati kerana menghormati hak privasi dirinya. "Setiap manusia akan diuji", getusku dalam hati.
Keesokan harinya, kami bercadang untuk belajar di perpustakaan kerana peperiksaan tinggal tiga hari lagi. Dalam perjalanan ke sana, kami terserempak dengan sekumpulan anak monyet yang bermain di tepi longkang. Kawasan kampus kami memang menjadi kawasan monyet berkeliaran kerana kedudukannya di tepi hutan. Tiba-tiba, datang seekor anak monyet datang meluru ke arahku, mungkin kerana bajuku berwarna merah yang telah menarik minatnya. Damia cuba membantuku dengan menarik perhatian anak monyet itu ke arah lain. Malangnya, anak monyet itu terus menerkan Damia. Aku panik dan menjerit meminta tolong. Nasib kami amat baik kerana ada seorang pemuda yang melihat kejadian itu dan berjaya menghalau anak monyet itu.
"Damia, awak okey?" tanya lelaki itu.
Damia hanya mengangguk sambil membetulkan bajunya. "Terima kasih, Fahim. Nasib baik awak datang cepat. Kalau tak, habislah kami dikerjakan oleh anak monyet nakal itu."ujar Damia sambil tersenyum.
"Sama-sama. Memang tanggungjawab setiap muslim untuk membantu saudaranya yang dalam kesusahan. Tu lah, awak ni cantik sangat sampaikan anak monyet pun boleh minat", ujar lelaki itu dengan nada bergurau.
"Ya lah tu, Oh, lupa nak kenalkan, ini sahabat baik saya, Arin", Damia memperkenalkan aku pada lelaki itu. Aku hanya tersenyum sambil menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat. Rupanya, dia adalah pelajar senior tiga tahun lebih tua daripada kami dan belajar dalam kuliah farmasi. Aku jadi pelik melihatkan kemesraan mereka berbual, sedangkan Damia yang aku kenal adalah seorang yang pemalu dengan lelaki ajnabi.
"Apakah pemuda ini yang berjaya mencuri hati Damia?" soalku dalam hati. Setelah mengucapkan terima kasih, Damia meminta izin untuk beredar. Kemudian, kami meneruskan niat kami untuk pergi mengulang kaji di perpustakaan.
Aku mengambil kesempatan itu untuk bertanyakan tentang kandungan dalam diarinya itu, cinta siapakah yang dia sedang harapkan. Damia hanya tersenyum dan tidak menjawab persoalanku, sebaliknya dia berjanji akan memberitahu siapakah si dia setelah aku berjaya menjawab teka tekinya: "Kenapa siput babi berjalan lambat?". Pening kepalaku memikirkan jawapan teka teki tersebut. "Kan siput babi tak ada kaki, tentu dia susah nak berjalan", jawabku dengan penuh yakin. "Salah. Cuba lagi. Kalau dapat jawab, baru saya akan beritahu awak tentang rahsia ini", jawab Mia samba tersenyum memandangku. "Erm, mungkin sebab cengkerang di belakang tu berat hinggakan dia jalan lambat", tekaku lagi. Mia menggeleng kepala menandakan jawapanku salah lagi. "Alah, mana adil. Teka teki Mia selalunya pelik", jawabku tanda tak puas hati. "Nampak sangat mengaku kalah. Kalau begitu, Arin kalah. Saya pun takkan beritahu rahsia itu hingga tiba masanya nanti", ujar Damia lagi. Aku makin keliru dengan kenyataan Damia sebentar tadi, tapi aku menghormati hak peribadinya.
"Ok, saya mengaku kalah. Habis, apa jawapannya?" soalku tidak sabar untuk mengetahui jawapannya. "Sebenarnya, siput babi tu berjalan lambat sebab dia ada masalah keliru identiti. Dia jalan lambat sebab sambil berjalan, dia sedang berfikir: aku ini siput atau aku ini babi?"jawab Damia dengan muka selamba. Aku hanya ketawa mendengarkan jawapan itu. Damia memang seorang yang suka bergurau dan kreatif dengan teka teki nakal yang tak masuk akal. Sikapnya yang peramah menyebabkan dia disukai dan disenangi ramai. Walaupun tampil dengan imej bertudung labuh, dia tetap mesra dengan semua orang dan tidak pernah berasa malu dengan imejnya itu walaupun sering dipandang ekstrem atau kolot oleh sesetengah orang. Aku kagum dengan prinsipnya iaitu kenapa kita perlu berasa malu dan rendah diri kerana berpakaian mengikut syari'at Islam? Kenapa perlu rasa malu untuk berpakaian dengan pakaian seperti ummahatul mukminin?
Sepanjang hujung minggu itu, kami manfaatkan masa sebaiknya untuk mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir sem tak lama lagi. Walau bagaimanapun, kami tak lupa untuk solat berjema'ah, baca Al Ma'thurat dan qiamullail bersama-sama. Alhamdulillah. Aku sangat bersyukur kerana dikurniakan teman sebilik yang sentiasa bersama dalam senang mahupun susah dan sentiasa mengingatkan aku tentang akhirat. Merekalah sahabat dunia akhirat: Damia, Husna dan Anis.
Masa yang dinantikan telah tiba. Kami akan bercuti selama sebulan setelah 4 bulan bertungkus lumus menuntut ilmu di bumi kampus ini. Setelah keluar dari dewan peperiksaan, kami berempat menuju ke kafe berdekatan untuk mengisi perut yang berkeroncong sejak pagi tadi. Sewaktu makan, Damia menjemput kami ke rumahnya pada hari Khamis minggu depan kerana ada majlis katanya. "Majlis apa Mia?" soal Husna meminta kepastian. "Majlis doa selamat dan solat hajat. Insya Allah, 2 minggu lagi saya akan sempurnakan separuh daripada agama ni".Tersedak aku apabila mendengarkan perkara itu, "Apakah sangkaanku selama ini benar? Mia nak kahwin ke?" persoalan demi persoalan muncul di fikiran. "Insya Allah, korang semua akan tahu nanti. Tak 'surprise'lah kalau saya beritahu sekarang", Damia hanya tersenyum sambil memandang kami bertiga.
Seminggu kemudian, kami bertiga telah berpakat untuk pergi bersama ke rumah Mia yang terletak di Ipoh. Dalam perjalanan ke sana, aku menceritakan pada Husna dan Anis tentang nukilan cinta Damia dalam diarinya itu. Mereka terkejut mendengarkan hal itu dan menceritakan bahawa mereka juga pernah melihat Damia keluar ke bandar bersama keluarga Fahim, lelaki yang pernah menolong mereka dahulu. Kami makin tidak sabar untuk mengetahui kisah yang sebenar daripada mulut Damia sendiri. Apalah rahsia di sebalik semua ini.

Sesampainya di sana, ramai orang yang telah berkumpul di ruang tamu. Mia menyambut kami dengan senyuman yang lebar, senyum bakal pengantin katakan. Tiba-tiba, kami ternampak kelibat seorang lelaki yang agak 'familiar'. "Anis, bukankah itu Fahim? Biar betul mereka berdua ni?", soal Husna pada Anis. Kami benar-benar terkejut melihat Fahim dan keluarganya dalam majlis itu. Benarlah sangkaan kami selama ini, mereka berdua bakal bersatu.
"Mia, sampai hati tak beritahu kami. Dengan kawan sebilik pun nak berahsia. Tak awal sangat ke?", tanyaku pada Mia. "Nak buat macam mana, dah sampai seru. Rezeki Allah tak boleh ditolak. Insya Allah, nanti kalian pula yang akan menyusul. Saya doakan", Damia menjawab dengan senyum yang penuh makna. "Allahumma amin. Apa pun, tahniahlah Damia. Tak sangka langsung bahawa Fahim yang berjaya curi hati Mia", aku menepuk belakang Mia sebagai tanda sokongan seorang sahabat. Tapi, aku terkejut dengan reaksi Damia. Dia ketawa terbahak-bahak lalu memanggil Fahim yang sedang mengangkat gelas ke ruang tamu. Pelik dan hairan. Apa yang sangat melucukan sehinggakan Fahim pun turut ketawa setelah Damia memberitahunya perihal kata-kataku sebentar tadi.
"Oh, kiranya kamu semua ini ingatkan saya dan Mia bakal bertunang ke?" soal Fahim sambil menahan tawanya. Kami pelik seraya mengangguk. "Apa sebenarnya perkara yang melucukan hati mereka?", masing-masing mengerutkan dahi kehairanan. Kami bertiga diam tanpa suara. Suasana menjadi sunyi seketika, lalu Damia pun bersuara, "Anis, Arin, Husna. Saya minta maaf. Langsung tak ada niat nak bohongi kalian. Saja terdetik idea nakal untuk kenakan kalian semua. Jangan salah sangka, memang saya nak sempurnakan agama ni kerana 2 minggu lagi, saya akan berangkat untuk menunaikan umrah. Bukankah umrah itu salah satu kewajipan bagi tiap muslim sekali seumur hidupnya?". Masya Allah, patutlah mereka tak berhenti ketawa, rupanya kami dah tersalah sangka. "Tapi, apa kaitannya dengan Fahim? Kenapa Fahim boleh berada di sini? Baik sangat Fahim dengan keluarga Damia, macam ada apa-apa je", soal Husna meminta penjelasan. "Sebenarnya Mia ni anak sepupu saya. Sebab itulah kami rapat. Kamu semua ni kelakar lah, lain kali jangan cepat sangat serkap jarang. Tanya tuan punya badan dulu", nasihat Fahim pada kami bertiga. Kami hanya tersenyum malu, tanda mengaku salah.
"Habis tu, nukilan cinta jiwang yang awak tulis dalam diari itu untuk siapa?", soalku pada Mia kerana teringatkan diarinya itu. Mia hanya tersenyum sambil berkata, "Sebenarnya itu adalah sajak yang saya tulis sebagai tanda cinta seorang umat untuk Rasulullah, cinta sampai ke syurga. Nukilan itu saja ditulis kerana saya dah tak sabar untuk jejakkan kaki di Masjid Nabawi dan menjadi tetamu Rasulullah nanti", terang Damia panjang lebar. Allahuakbar. Kami benar-benar berasa malu pada malam itu. Mati-mati kami ingatkan Damia akan bertunang, semuanya bermula gara-gara nukilan cinta dalam diarinya. Tambahan pula, Damia ini sengaja hendak kenakan kami."Pandai Mia kelentong kitorang. Dah sampai seru la, nak sempurnakan separuh dari agama la. ehmm, macam-macam", giliran kami bertiga pula berleter pada Si Mia. Lucu bila teringatkan kisah ni. Ingatkan jatuh cinta pada sang teruna mana, rupanya jatuh cinta pada Rasulullah insan mulia. Cinta seorang umat sampai ke syurga, moga beroleh syafaat di akhirat sana.
CINTA SAMPAI KE SYURGA
Ya Allah,
Damaikan hati yang gundah ini,
Sungguh, aku tak dapat menahan rasa cinta ini dari terus berputik,
Kau Maha Tahu akan isi hatiku,
Sampaikanlah rasa cinta ini pada dirinya,
Aku takut apakah cinta ini akan diterima,
Kerna aku hanya orang biasa...
Ya Allah,
Hidupkan hatiku dengan kehidupan hati kekasihMu,
Hidupkan rohku dengan kehidupan roh kekasihMu,
Hidupkan akalku dengan kehidupan akal kekasihMu,
Hidupkan keperibadianku dengan keperibadian kekasihMu,
Hidupkan jasadku dengan adab, sunnah dan hukum hakam kekasihMu,
Hidupkan seluruh kehidupanku dengan kehidupan seluruh diri kekasihMu
Ya Allah,
Aku akan menziarahi masjid tempat kekasihMu bersemadi,
Datang kerana rindu dan cinta pada kekasihMu,
Datang kerana ingin beribadah di masjid mulia itu,
Terimalah aku sebagai tetamu bumi barokah itu,
Sampaikan rasa cinta ini pada kekasihMu Ya Allah,
Moga cinta ini mampu membawaku ke syurga.

Terima Kasih kerana sudi membaca entry ni.Like kalau suka!

PERIBADIKU....



JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

Terima Kasih kerana sudi membaca entry ni.Like kalau suka!

jiwa seorang hamba






Alhamdulilah...aku masih meniti bulan Ramadhan yang mulia ini.14 Ramadhan.
Bermula 10 hari pertengahan iaitu hari-hari pengampunan.Seperti yang tertulis pada hadis Nabi.
Hari-hari aku yang berlalu kadang-kadang terasa kosong tanpa erti yang jelas walaupun dipenuhi pelbagai cerita.Mungkin semua cerita itu tak aku ingini,tapi ianya tetap berlaku.Dan aku...terima saja.Terima walau tanpa rela.Kadang-kadang aku sengaja lari dari kenyataan hidup.Sembunyi dibawah selimut dan berharap semua realiti itu hanyalah sekadar mimpi kosong.Tapi tidak.Ianya realiti dan aku akhirnya harus bangkit semula meneruskan realiti itu sehingga penamat. Sedih rasanya.Bila hidup dalam dunia ini.Seakan menduga hati ini terus menerus supaya rebah.Ujian tanpa henti.Dan seringkali tewas dengan mainan perasaan.Ingin menangis.Tapi,tak mampu.Menangis? Menangis dalam diam.Dalam hati,dalam jiwa.Biarlah ALLAH saja yang mendengar tangisan hati hamba yang lemah ini.Hanya DIA yang mampu tenangkan hati yang kalah ini supaya bangkit semula meneruskan semangat perjuangan. Beberapa hari kebelakangan ni.Aku tak tahu kenapa.Ada sesuatu rasa berlegar dalam ruangan perasaan.Menjadikan fikiran ku seakan kosong.Apa sebenarnya???Mungkinkah aku akan rebah dengan permainan perasaan ku yang tak pernah berhenti untuk menjatuhkan ku.
Tapi aku selalu ingat sebaris kata:
"Saat kau kalah ialah bila kau dah berputus asa dan saat kau akan capai kemenangan ialah bila kau bangkit semula setelah rebah"
Permainan perasaan yang menghancurkan semangat takkan pernah berhenti menghantui aku.Aku tahu penawarnya hanya satu.ALLAH.Tapi,aku selalu lupa.Lupa untuk kembali pada ALLAH setelah rebah.Suka sangat menangis dan lari dari ALLAH dan akhirnya pilihan terakhir ialah tetap perlu kembali pada ALLAH.
Dan antara sebab emosi aku terganggu sepanjang Ramadhan ni sebab beberapa kejadian kat FB.Malas nak ulas dengan dalam pasal semua tu.Bagi aku,semua tu dah berlalu dan tak perlu di ulang satu persatu.Sama ada aku atau mereka yang salah.Aku cuba letakkan semua kesalahan pada bahu aku.Biarlah,mereka si golongan suci tanpa dosa.Mereka tak salah.Aku yang salah.Sorang block aku,dua orang unfriends aku.Korang,aku yang salah,kan? Aku tahu.Aku faham.Aku ni hanyalah seorang budak berusia 20 tahun yang tak pandai mengalas kata-kata.Si jahil yang tak pandai merangkai kata-kata yang indah untuk dipersembahkan buat lelaki2 yang mudah tersentuh perasaannya.Sungguh!Aku tak pandai.Maka,maafkanlah perempuan ini. Ingin aku lari dari semua ini seketika.Ingin tidur dan tak mahu bangun lagi.Ingin rebah melihat langit tanpa mahu beralih lagi.Ingin aku jauh dari kenyataan hidup.Seketika.Adakah sukar? Ya.Memang sukar kerana hidup di dunia takkan pernah akan mengikut kehendak hati.Yang ada,hanya hidup yang akan mendera jika kita terus biar diri terdera dan akan menyenangkan kalau kita terus membiarkan diri diperhambakan duniawi.Di mana tempat untuk kita dapat apa semua yang kita inginkan? Syurga!Ya.hanya di syurga saja ada konsep 'mintak,semua dapat'. Sekarang...silalah kembali ke realiti.Biarlah banyak kali lari dari kenyataan hidup asalkan kita kembali semula meneruskan langkah kehidupan.Biarlah kata-kata manusia terus menerus cuba merebahkan.Mereka juga manusia penuh dosa.Tak perlu berlagak suci dan seumpama malaikat.Biarlah hidup bukan seindah novel yang dikarang sebaik-baik kata.Asalkan hidup kita bahagia tanpa sebarang tekanan yang membunuh perasaan dan semangat untuk hidup.Biar hilang segalanya,asalkan bukan ALLAH!

Wahai jiwa yang menghambakan diri pada ALLAH.Satu-satunya.Teruskan berjalan.Lupakan kisah silam.Ia menghancurkan.Mari lihat masa depan.Nampaknya begitu gilang-gemilang cahayanya.Senyum.:)

Terima Kasih kerana sudi membaca entry ni.Like kalau suka!

Jika Aku Jatuh Cinta


DOA BUAT CINTAKU

Ianya bukanlah sebuah puisi, tetapi sebuah doa yang sesuai untuk kita baca dan dikongsikan di laman Tentang Cinta ini. Mudah-mudahan doa ini dapat kita amalkan agar kita jatuh hati pada seseorang bukan kerana dirinya tetapi keranaNya…





p/s: ya tuhanku,disaat semua orang berlalu meninggalkan ku..
      tidak pedulikanku..tetapi kau tetap di situ tenangkanku..




Terima Kasih kerana sudi membaca entry ni.Like kalau suka!

Takdir milik allah





"Aku terima nikahnya Iman Indah binti Muhammad Saufi dengan mas kahwin RM80 tunai!"
Dengan sekali lafaz,Indah sudah sah menjadi isteri kepada Muhammad Aidil Irfan.Irfan menghampiri Indah yang duduk bersimpuh.Dia menghulurkan tangannya dan disambut oleh Indah.Sebuah kucupan lembut hinggap didahi Indah.Sebuah kucupan suci dari seorang suami untuk seorang isteri yang baru dinikahi.
Akan aku didik kau jadi seorang isteri yang solehah Indah…Hati kecil Irfan berbisik.

"Assalamualaikum…"ucapan salam yang lembut menyedarkan Indah dari lamunan.Pantas dia bangkit dari pembaringan.Irfan menghadiahkan senyuman lembut.
"Wa..alaikummussalam.."tergagap Indah menjawab.Irfan menanggalkan sampinnya dan meletakkan di atas tempat baju.Butang baju melayunya juga dicabut satu persatu.Indah yang hanya memerhati menelan air liur.Dadanya berpalu hebat.Darahnya terasa berjalan terlalu laju.
"Abang nak mandi dulu.Dah nak dekat magrib ni.Nanti kita solat jemaah sama-sama ye.."Irfan berpesan dan hilang ke bilik air.
Indah hanya angguk.Abang??Hurm..Selesai solat magrib berjemaah bersama,mereka bersama-sama membaca Surah Yasin sementara menunggu waktu Isyak.Hati Indah dapat merasakan ketenangan mendengar suara garau Irfan mengalunkan kalimah suci itu.Irfan memang pandai mengaji.Maklumlah,lulusan dari Universiti Al-Azhar.
Azan berkumandang tanda Isyak sudah tiba.Yasin ditangan diletakkan ditempatnya kembali dan suami isteri itu mula mendirikan solat isyak.Usai solat,Irfan menghulurkan tangannya dan Indah menyambut.Sebuah kucupan hangat hinggap di dahi Indah.Itu…kucupan kedua selepas pernikahan tadi.Kalau tadi,Irfan tak hulurkan tangannya kerana mahu menyimpan air sembahnyang untuk solat Isyak.Indah membuka telekungnya.Irfan,selamba menukar baju solatnya dengan t-shirt di hadapan Indah.Indah pula yang rasa malu,pantas memalingkan wajahnya dari melihat Irfan.Irfan perasan tu..Alahai isteriku…
Indah jadi kaku.Aduh..nak buat apa ni?Takkan nak berdiri tercongok kat sini?Irfan pula,sibuk membersihkan kaca mata dia yang berhabuk tu.Sebelum sedar,baik keluar dari bilik ni.
Pantas Indah mengagahkan dirinya berjalan keluar namun pantas Irfan memaut lengan Indah.Indah terkaku.Ya Allah…tolong Indah..
Perlahan,Irfan menarik tubuh Indah menghadap tubuhnya.Pinggang Indah dirangkul rapat ketubuhnya.Indah sudah rasa sesak nafas dan hanya menunduk memandang lantai..Tangan kanan Irfan diletakkan keatas ubun-ubun Indah.Terdengar mulut Irfan terkumat-kamit.Indah hanya menutup mata.Hatinya gerun.Tanpa sedar.dia menolak dada Irfan sekuat hati hingga suaminya terlepas rangkulan dan pegangan di ubun-ubun.."Awak…maaf..Saya tak boleh!Saya tak bersedia…"Indah menuturkannya.Air matanya tanpa ditahan-tahan,jatuh menuruni pipinya yang gebu.Irfan tergamam.Dia cuba menghampiri Indah namun pantas Indah mengelak."Tolong!Jangan dekat dengan saya..Saya takut..Jangan!!!"Indah sudah meraung-raung.Irfan berdiri static.
"Indah…demi Allah…abang takkan apa-apakan Indah ok..Bawa bertenang..Tarik nafas sayang..Tarik nafas…"Irfan cuba berdiplomasi.Indah yang mendegar,kembali bertenang.
Irfan menghampiri Indah.Dia membawa Indah duduk di birai katil.Indah hanya diam tanda dia percaya Irfan tak akan melanggar janjinya.
"Irfan…saya minta maaf…"perlahan Indah menuturkannya.Irfan hanya tersenyum.Tangan kananIndah dicapai dan digenggam.
"Awak..saya kahwin dengan awak tanpa kenal awak lansung.Perkahwinan kita dirancang oleh mak ayah kita.Dan kita sebagai anak yang soleh,hanya menurut.Saya memang terkejut dengan semua ni.Dan….saya masih lagi tak bersedia…Awak…bagi ruang untuk saya….Saya…melaksanakan tugasan tu…saya…"Indah tak dapat meneruskan kata-katanya.
"Abang faham Indah..Abang faham tu..Sebelum abang,Indah dah ada pilihan ker?"Irfan menuturkannya berhati-hati..
Indah geleng."Demi Allah…tak ada lelaki lain yang pernah menakluki hati saya.Saya hanya serahkan cinta saya pada suami saya tapi sekarang…..saya perlukan waktu untuk mencintai awak dan menyerahkan jiwa raga saya…Saya harap awak faham…"
"Abang tak akan paksa Indah kalau betul Indah tak bersedia.Abang tak mahu benda tu terjadi tanpa kerelaan Indah.Abang nak Indah rela dan hubungan ni diredhai Allah.Indah ambillah berapa lama pun."Irfan senyum.Senyuman tu…..buatkan Indah rasa serba-salah..
"Terima kasih Irfan…"Indah cuba tersenyum namun pahit.Hakikatnya,bukan saja kerana dia tak bersedia untuk melaksanakan tanggungjawabnya tapi dia juga takut dibayangi kenangan silam yang sering menghantuinya.Bayangan yang sangat takut…."Tapi…abang nak Indah patuh syarat abang.."suara Irfan menyedarkan Indah.Dia mendongak memandang Irfan.
"Abang nak Indah tukar panggilan saya-awak tu kepada abang-Indah.Boleh?""Insyaallah wak…"Indah angguk.
"Ehem…bukan awak tapi Abang.."Irfan membetulkan.Indah tersenyum..
"Hm…abang…""Bagus..Er..Indah tak kisah kan kalau abang nak pegang tangan Indah macam ni selalu?"Irfan tersengeh nakal.
Indah terkedu.Pegang tangan?Matanya menala pada riba Irfan.Ya Allah…tangannya kemas digenggam Irfan.Tak sedar??Aduh..
Pantas Indah menarik tangannya dan bangkit."Indah nak tidur.."Indah capai bantal dan diletakkan diatas lantai."Indah tidur bawah,abang tidur atas.""Tak…Indah tidur atas katil,abang pun tidur atas katil!"
"Tapi…"
"Indah..kan abang dah janji.Takkan Indah tak percaya.Abang kesian kat Indah,nak kena tidur kat lantai.Kalau Indah tak percaya lagi,abang letak bantal golek kat tengah.Ok sayang?"
Indah telan air liur.Hurm…bukannya sebab arahan Irfan tu tapi sebab panggilan sayang yang keluar dari mulut Irfan.Adussss…
"Ok"
Indah bangkit dari tidurnya.Mimpi tu datang lagi!Ya ALLAH…Sampai bila Indah kena hadapi semua ni?Indah tak larat..Tangannya meraup wajahnya yang basah diselaputi peluh.Matanya menala pada tempat pembaringan Irfan.Suaminya tak ada.Kemana?
Pintu bilik air terkuak.Irfan keluar dari bilik air dengan tuala.Indah memalingkan wajahnya.Uh…malu.."Indah dah bangun?Sekarang baru pukul 5.00 pagi.Abang nak buat solat sunat.Indah nak ikut?Boleh kita jemaah.."Irfan menyoal sambil menyarungkan baju melayu ke tubuhnya.Indah angguk.Dah alang-alang terjaga,suami pula dah ajak..Afdalnya ikut jer lah.Indah bangkit menuju ke bilik air dan mengambil wuduk.Nak mandi pagi-pagi macam ni,memang Indah tak tahan.Agaknya Irfan dah biasa mandi pagi-pagi buta macam ni.
Mereka berjemaah bersama-sama menunaikan solat sunat Tahjud,Taubat dan Hajat.Tenteramnya hati Indah,hanya ALLAH yang tahu.Memang tenang mendengar bacaan suaminya.Usai solat,mereka mengaji bersama.Surah As-Sajadah dan Al-Mulk menjadi pilihan Irfan sementara menunggu waktu Subuh dan Indah hanya menurut.
Azan berkumandang…Solat didirikan.Dan seperti semalam…sebuah kucupan hinggap didahi Indah."Awal kamu berdua bangun…"Hajah Halimah menegur.Irfan hanya tersenyum.Indah pula sibuk menolong membancuh air."Kan memang selalunya along bangun awal.."Irfan menjawab.Cucur jagung disumbat kemulut."Selalunya tu memanglah..Tapi,ni bukan selalunya..Kan pengantin baru…"Hajah Halimah tersenyum mengusik.Irfan hanya tergelak besar dan Indah menunduk.Dapat dirasakan pipinya memerah."Dah siap ke sarapannya?"Haji Ali muncul.
"Dah bang..Abang lambat datang.Pengantin baru ni lagi cepat!"
Ketawa Haji Ali bergema."Mah oii,malu budak-budak tu.Tu ha,muka Indah dah merah tu."Haji Ali masuk sekaki mengusik.Indah rasa macam nak cari ais jer nak letak kat muka.Irfan relaks seperti tak rasa apa-apa."Er..ummi,biar Indah panggil angah dengan Uda turun sarapan.."Indah mencari jalan selamat.Tak lalu rasanya kena sakat jer.."Eh Kak Indah..awalnya bangun.Angah baru jer cadang nak tolong kejutkan pengantin tadi.."Irsha terus menembak kata bila Indah mengetuk biliknya.Aduh…tadi ummi dengan abi.Ni angah pun nak masuk sekaki?Aduh.."Dah.Tak payahlah nak sakat akak..Jom sarapan.Panggil uda sekali ye.."
"Ok bos!"
Dah 3 bulan usia perkahwinan Indah dan Irfan.Indah rasakan segala-galanya lengkap bersama Irfan.Lelaki ni memang pandai merancang dan penuh dengan kejutan.Seminggu selepas kahwin,Irfan membawanya pindah kerumah baru.Kondominium yang sangat cantik dan selesa.
Awal dirumah itu,Indah berkeras mahu bilik yang berasingan namun Irfan tegas mahu mereka duduk sebilik.Dek kerana percayakan Irfan..akhirnya Indah mengalah.Dan Irfan tak pernah memungkiri janjinya.Cuma sesekali,Irfan bertindak nakal.Mengingatkan itu,Indah tersenyum sendiri.Yang paling Indah suka,Irfan selalu mengingatkan dirinya perihal agama.Jika tak tahu,Tanya saja pada Irfan.Semuanya dia tahu.Untungkah aku?Ya..memang untung.3 bulan bersama Irfan,tipulah jika dia menidakkan perasaannya pada Irfan.Memang wujud rasa kasih.Cinta??Sumpah…dia tak tahu.Namun,bila Irfan terpaksa out station,rindu terbit juga disanubari….
Malah mimpi ngeri yang dia selalu alami pun dah tak datang.Mimpi dasyat.Semua tu gara-gara paranoid yang melampau.Peristiwa di mana dia hampir dirogol bapa saudaranya 8 tahun yang lalu.Sebab tu Indah takut nak berkongsi zahirnya dengan Irfan.Semua tu amat menyesakkan dada."Indah…."suara yang dirinduinya menyedarkan Indah.Cepat dia memalingkan wajahnya kebelakang.Irfan menghampiri Indah.
"Esok abang nak pergi out-station.2 hari.Ipoh."Indah kerut."Selalu sangat abang pergi out-station.Kan minggu lepas dah pergi?"
Irfan sengeh."Dah kerja abang.Nak buat macam mana?Ker Indah rindu kalau abang tak ada?"Indah geleng.Malu."Tak..Pergilah.Malam nanti Indah susunkan baju abang."Indah melepaskan keluhan.Irfan…sunyinya rumah ni.Tiba-tiba bunyi ketukan dipintu menyedarkan Indah.Cepat dia buka pintu.Terkejut!Iffah datang.Secepat kilat tubuh Iffah yang tembam dipeluknya.
"Iffah!Lama tak dengar cerita.Sejak aku kahwin,kau tak pernah datang rumah pun."Indah menyergah bila mereka sudah masuk kedalam rumah.Iffah senyum tawar."Kau tahulah aku,sibuk.Anak aku tu siapa nak jaga.Rizal asyik sibuk jer."Indah terdiam mendengar kata-kata Iffah.Lain macam jer."Indah…"Iffah menyeru.Indah angkat dagu."Suami kau pergi Ipoh lagi ker?"pertanyaan Iffah membuatkan Indah terkejut."Mana kau tahu?"Sekali lagi senyuman tawar Iffah muncul.Iffah pantas menyeluk handbag nya dan mengeluarkan sampul surat bewarna koko.
"Gambar ni Rizal yang ambil pakai handset dia.Aku dah cuci.kau tengoklah."Indah kerut wajah.Perlahan dia capai sampul surat tersebut.Ditariknya isi didalam.Indah terkedu.Air matanya bergenang.Tanpa dipaksa,mutiara putihnya jatuh menyembah bumi.
Irfan!Sampai hati."Aku serba salah nak cerita kat kau Indah tapi kau kawan aku..Aku..""Shhh.."Indah memotong kata-kata Iffah.
"Gambar ni bila lagi?"
"Bulan lepas.Tengoklah perut perempuan tu,dah besar.Aku agak dalam 7 bulan.Kau dah kahwin dengan Irfan 3 bulan tapi perut perempuan tu dah besar.Aku tak tahu apa yang berlaku tapi aku agak tu mesti perempuan simpanan dia."membuta tuli tuduhan Iffah.
Indah telan air liur. "Terima Kasih Iffah.Kau boleh balik sekarang."lansung dia menghalau tetamunya tanpa sedar.
Irfan memerhatikan isterinya.Kenapa nampak lain sangat ni?Tak mesra.Kaku.Aku baru balik,selalunya dia sambut semacam.Ni.."Indah tak sihat ker?"tangan Irfan mendarat pada dahi Indah yang leka menonton TV.Indah menepis perlahan.Irfan pelik.Punggungnya dilabuhkan disebelah isterinya.Rapat.
"Boleh tak jauh sikit?Panas!""Abang rasa sejuk jer.Air cone ni tak cukup sejuk ker sayang?""Tak payah nak bersayang-sayang!"kali ni nada Indah dah melangit tinggi. "Patutlah selama ni tak kisah kalau Indah tak bagi hak abang,rupanya dah ada spare part!"Indah sudah berdiri dari tempat duduknya.Tangannya memeluk tubuh.
"Apa Indah cakap ni?"Irfan masih tenang.Indah geram melihat ketenangan suaminya.Segera dia melangkah masuk kebilik.Seketika kemudian,dia keluar.Gambar-gambar pemberian Iffah dilemparkan ke meja.Berterabur."Ni apa?"jari telunjuknya menala ke meja.
Gambar-gambar yang bertaburan,Irfan capai.Ditelitinya.Lama.
"Abang boleh terangkan.""Terangkanlah!Abang boleh cakap yang abang sebenarnya dah nikah sebelum ni.Dah ada isteri!Indah ni isteri abang yang kedua.Cakap bang!Cakap!"nada Indah tak mampu dikawal.Irfan geleng."Bukan sayang.Salah faham.Salah faham."
Mata Indah dah berair.Penipu!Kakinya meninggalkan Irfan dan melangkah ke balkoni.Irfan mengekori dibelakang."Cuba dengar apa yang abang nak cakap ni.."Bahu Indah diraih namun cepat Indah menolak.Indah membuang pandang ke balkoni dengan sendu. "Sampai hati abang tipu Indah.Kenapa abang tak mahu berterus terang?Kenapa bang?Kenapa?"air matanya mengalir tanpa dapat ditahan.Esakkannya makin kuat.Dari belah sisi,Irfan kedepan menghadap Indah.Menghalang pandangan Indah.Dipeluknya perlahan tubuh Indah. "Sayang dia bukan isteri abang sayang.Bukan.."Indah kaku. "Dia istimewa pada abang tapi dia bukan isteri abang."kali ni minda Indah mencerna maksud kata-kata suaminya.Istimewa?Bukan isteri?Mengandung?Perempuan simpanan!Tanpa sedar dan di bawah kewarasan,Indah menolak kuat tubuh suaminya.Sekelip mata,tubuh Irfan terdorong kebelakang dan jatuh terhumban dari balkoni.Jeritan Irfan menyedarkan Indah.
Dump!
Indah terkejut.Abang?Abang mana?Dari balkoni,Indah memandang kebawah.Ya Allah!Abang!Segera Indah keluar dari kondo dan menuju ke lif.Air matanya merembes laju.Sampai dibawah,dilihatnya Irfan menggelupur.Darah membuak-buak.
"Abang!"tubuh Irfan dipangku.Air matanya jatuh kemuka Irfan.Irfan kini nyawa-nyawa ikan. Malam yang pekat terasa sendu. "Tolong!Tolong!"Indah menjerit sekuat hati.Jiran-jiran yang berada dikawasan berdekatan mula menghampiri. "Telefon ambulans!"Indah mula menjerit lagi."Abang..Maafkan Indah bang.Indah tak sengaja.."Indah mengusap muka Irfan yang sudah disimbahi darah.Irfan kaku namun matanya masih terbuka walaupun kecil.
Irfan sedaya upaya cuba mengangkat tangannya untuk mencapai tangan Indah."Perca..cayalah In..dah..Aaa..bang cu..cu..Cuma sayang Indah.."sedaya upaya cuba diucapkan.Indah geleng. "Indah tahu.Indah tak mau abang mati.Indah sayang abang!"Indah membalas.
Irfan senyum senang. "ALLAH…."perlahan Irfan sebut.Tangan Indah dapat merasakan tubuh Irfan dah kaku.Ditekannya dada Irfan.Sunyi tanpa denyutan.
"Abang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"Serentak itu,hujan turun membasahi bumi.
Kuburan Irfan basah disimbahi air.Indah merenung jauh.Jemaah lain dah tinggalkan kubur.Hanya dia yang masih disitu.Berharap dapat menemani suaminya.Mustahil..
Indah teresak semula.Semua ni salah Indah bang.Semua salah Indah!Kalau Indah tak tolak abang,mesti abang tak jatuh,mesti abang ada lagi kat muka bumi ni.Indah salah.Indah bukan isteri yang baik.Indah tak cuba mempercayai abang….Barulah Indah tahu,perempuan tu adalah isteri kedua adik Irfan.Tak ada sesiapa pun tahu yang adik Irfan dah beristeri dua kecuali Irfan.Irfan memang selalu ke Ipoh atas urusan kerja Cuma sekali tu saja dia menemani adik iparnya yang mengandung.Dan….sebab tu Indah salah faham.Indah sesal.Sepanjang lebih 3 bulan,dia bukanlah isteri yang baik.Dia tak memenuhi hak suaminya.Dia mementingkan diri.Kalaulah hayat abang panjang,Indah akan lakukan apa je untuk abang…Untuk abang…..Memang Indah tak dapat maafkan dirinya.Abang………
Memori yang ada Cuma gurauan abang…
Abang………Takdir ini dah ditetapkan…..
Takdir milik Allah…
Dan Indah terus meratapi..
eratapi.

Terima Kasih kerana sudi membaca entry ni.Like kalau suka!

PAK CIK TERSAYANG


ANAK PAK CIK KU...

IRIS NUR SABRINA...


kisah ni saya nak kongsi dengan semua tentang pak cik saye ni,kisah ni tentang pak cik saya yang sekarang tengah sakit tenat di hospital tuanku jaafar seremban.pada asalnya pak cik saye baru lepas jalani pembedahan "apandix",tapi pak cik saye ni lasak sikit,tak sampai seminggu bedah..da bawak motor..tapi time dia habis bedah,mak dia jaga sebab isteri dia tengah pantang baru lepas bersalin,yang sedih nye suatu petang tu pakcik saya tibe2 sakit perut,then dia g ke toliet,da setengah jam dalam toilet,tibe dia bukak pintu toilet n pengsan,dalam toilet penuh dengan darah.pak cik saye di hantar ke hospital selepas kitorang tengok darah dari dubur nye tidak berhenti keluar macam air paip.sesampai di hospital,pakar telah berunding dengan pakar lain.pak cik saya terpaksa di tukarkan di hospital besar seremban.
Di hospital seremban,pak cik saye telah ditempatkan di wad icu..kate doktor keadaan dia amat kritikal sekarang..nasib ada kak long saya yang tengah kerja time tu at hospital,,dan alhamdulillah juga wad yang kakak saya jage time tu tidak terlalu sibuk.doktor dan pakar2 telah berbincang dengan kakak saye tentang keadaan pak cik saye yang sebenar.,Doktot memberitahu yang keadaan pak cik saya 50-50.kakak saye x dapat tahan perasaan sebak itu,bila kakak saye keluar dari bilik icu.kakak saye terpakse menipu keadaan pak cik saye dekat family besar saye.malam tu pak cik terpaksa jalani pembedahan sebab doktor x dapat kenal pasti sakit n darah yang keluar berpunca dari mana.
alhamdulillah.pembedahan berjalan dengan lancar walaupun pada asalnye doktor kate 50-50,time pak cik keluar bilik bedah baru kitorang bagi tau keadaan dia dekat isterinya.bukan tak nak bagitau sebenarnya..tetapi risau keadaan isterinya yang tengah dalam pantang bersalin.selepas beberapa hari dekat icu.pak cik saye di pindahkan di wad biase,p 1 hari je dia duduk kat wad biase tu.malam semalam doktor ambil keputusan scan yang dibuat,doktor dapati usus pak cik saye banyak da bocor dan dapati ada darah beku at usus tersebut.malam semalam juga doktor lakukan pembedahan kali kedua,kali ni doktor buang usus besar pak cik saye,dan mengeluarkan darah beku tersebut sebanyak 4 liter,kali ni yang paling menyedihkan doktor beritahu,kalo umur pak cik saye panjang pun,,doktor mengandaikan,dia akan bertahan selama setahun je,,ya allah,,ajal maut semua terletak ditangan mu,,panjangkan lah umur pak cik ku ini,dia belum sempat bermain dengan anak dia lagi,saat yang menyedihkan di hospital tadi,ketika isteri dia melawatnya,isteri nye menunjuk gambar-gambar anak nye.yang sudah genap sebulan.
sekarang keadaan pak cik saye hanya bergantung dengan kekuatan diri nya..semoga dirinya tidak ada apa-apa berlaku,,amin..mohon untuk mendoakan pak cik saye ini ye...






Terima Kasih kerana sudi membaca entry ni.Like kalau suka!

kembar bucukku..



COKLAT UPIN IPIN..
Ni coklat dari my kembar time dye g lawatan at syarikat upin ipin,,huhu...smpai arni x mkan lagy..sayang plak nak makan,,yelah ni je brang kenangan saya ngn kembar,,nak knal kembar saye tgk gambar at bawah ni :-



MY KEMBAR..
Dia ni seorang yang baik hati..jarang tinggal solat..ha sape-sape teringin nak wat isteri blh la amik kembar saye ni...huhuhu..p kembar saye ni ada satu masalah sikit..dia cepat mempercayai sesuatu perkara..walaupun perkara tu x logik,,hahaha...p xde r sampai highway sangat..tetapi kembar saye ni sensitiv..dalam umah dia r budak kaki sentap..keje dia nak menyentap je..apa lagi hary-hary gaduh ngn saye,sebab saye suka buli dia..
buli-buli pun...sayang woo...moga title "KEMBAR" wat kami sampai bile2...amin...










Terima Kasih kerana sudi membaca entry ni.Like kalau suka!

PERASAANKU..




kenapa wanita sering cemburu...apakah cemburu itu merupakan satu fitrah dalam kehidupan seorang wanita..kenapa cemburu tidak boleh ditahan walaupun sesaat..sakitnya diri apabila berkeadaan begini.tidak mampu meluahkan tapi seringkali makan hati..ya allah,,kenapa hati ku begitu cepat terguris,kenapa hati ku mudah terasa,kenapa air mata ku mudah mengalir..kuatkanlah hati ni..tabahkan lah diri untuk menempuhi setiap hari-hari yang berikutnya.semoga kau bimbinglah hati ku ini ke jalan yang diredhai...amin...
sayang awak selalu..semoga jodoh kita sudah tertulis di luh mahfuz...amin.

Terima Kasih kerana sudi membaca entry ni.Like kalau suka!

fitrah wanita



Wanita adalah pelengkap hidup bagi kaum adam. Sememangnya fitrah kejadian wanita adalah sebagai penenang hati dan penyejuk mata bagi mereka. Allah swt telah berfirman dalam kalamNya yang bermaksud “Dan di antara kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar-Rum: 21)
Wanita perlukan bimbingan dari kaum lelaki kerana akalnya yang tipis bermaksud mudah berbuat sesuatu dengan kata hati iaitu mengikut perasaan. Iman wanita juga adakalanya menurun disebabkan ada waktu-waktu yang ibadahnya kurang.
Oleh itu kaum lelaki perlu mendidik mereka dengan penuh hikmah iaitu dengan nasihat yang baik, beri mereka kasih sayang dan jagan sekali-kali memukul mereka dengan kejam. Kaum lelaki juga tidak boleh terlalu memanjakan wanita dengan harta dan pujian atas kelebihannya kerana ia tidak akan kekal malah akan musnah ditelan masa.




Terima Kasih kerana sudi membaca entry ni.Like kalau suka!

^_^



HIDUP TIDAK SELALUNYA INDAH
TETAPI YANG INDAH ITU SELALU HIDUP
DALAM SETIAP KENANGANKU
SETIAP APA YANG BERLAKU
PASTI ADA HIKMAH DISEBALIKNYA

Terima Kasih kerana sudi membaca entry ni.Like kalau suka!

Tips Mengembangkan Sabar


Assalamualaikum buat pembaca yang budiman. Saya ingin kongsikan secebis ilmu yang diperolehi daripada sebuah buku tazkirah harian. Semoga ada manfaat untuk kita amalkan dan sampaikan kepada orang lain..insyaAllah.
  1. Jangan terlalu memikirkan masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
  2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
  3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
  4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
  5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
  6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
  7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersikap tidak wajar terhadap anda.
  8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda membenarkan mereka mendapatkan hak yang sama itu.
  9. Jangan fikirkan tentang semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
  10. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
  11. Jangan fikirkan sikap yang tidak menentu itu dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
  12. Terimalah hakikat kadangkala diri kita pun boleh mengalami sifat yang berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-ubah diri anda itu.
  13. Jangan fikir bahawa cita-cita dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.
  14. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan seperti orang hilang sabar.

Terima Kasih kerana sudi membaca entry ni.Like kalau suka!

duhai puteri ku sayang


Aduhai puteriku sayang…
Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan, bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajahmu, disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji, mengabdikan diri
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang dapat boleh  menghalangnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai Syurga itulah tempatnya…







Terima Kasih kerana sudi membaca entry ni.Like kalau suka!

SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MILIK PENUH PENULIS.DONT YOU DARE TO COPY IT !